• Memperkenalkan Kanvas Pemasaran Digital (DMC)​

  • Alangkah bagus jika saya telah tahu tentang benda ini lebih awal. Mungkin 5 tahun yang lalu. Pada saat saya tidak ada idea tentang apa yang saya sebenarnya sedang buat untuk kerja harian saya dalam sebuah startup. Menjana dari 0 hingga ke €500k seminggu. Bukan selalunya mudah untuk keluar daripada perangkap dalam persekitaran yang tidak menentu. DMC ini tidak menjamin kejayaan. Tetapi ia akan meningkatkan peluang anda dengan memerah semua tanggapan yang anda perlu buat untuk sebarang keputusan pemasaran.

    Apakah Kanvas Pemasaran Digital?​

    DMC ini ialah sebuah panduan praktikal untuk membangunkan strategi untuk mempercepatkan pertumbuhan bisnes. Kanvas ini dicipta untuk sesiapa di dalam syarikat untuk dibincangkan dalam mesyuarat. Pemasar, Usahwan, Pemaju, Pereka, Jualan,... Ini adalah satu alat ciptaan bersama. Sumbang saran sebagai titik permulaan, strategi digital adalah garis penamat. Saat anda melalui proses ini, anda akan belajar bagaimana asas pemasaran dan kitar hayat pelanggan dalam talian bekerjasama dengan satu sama lain. DMC ini membekalkan syarikat sebuah pendekatan berstruktur untuk menyatakan cadangan nilai mereka dengan taktik pemasaran dan teknologi digital.

    Bagaimanakah rupanya?​

    Ia kelihatan seperti satu muka surat rangka kerja dengan bahagian spesifik: Cadangan Nilai, Misi, Visi, Jenama, Penonton Sasaran, Pasaran, Pengambilalihan, Rujukan, Pendapatan dan Pengekalan.

    Apakah maksud semua bahagian ini?​

    Cadangan Nilai: Janji nilai yang akan ditepati: faedah dan pembezaan unik

    Misi: Tujuan syarikat dan sebab

    Visi: Matlamat dan aspirasi perniagaan syarikat jangka panjang

    Jenama: Ekspresi lengkap syarikat yang dikomunikasikan mencipta pengalaman untuk orang awam, baik rasional dan emosi.

    Penonton Sasaran: Para pelanggan (sedia ada + ideal) yang dilayan oleh syarikat

    Pasaran: Kedudukan pasaran syarikat relatif kepada pesaing

    Pengambilalihan: Mendapatkan pelawat dari saluran berkala

    Pengaktifan: Pengalaman gembira pertama yang dapat diukur untuk mendapatkan 'saat aha'

    Rujukan: Pengguna merujuk produk kepada rakan mereka

    Pendapatan: Mengewangkan tingkah laku pengguna

    Pengekalan: Mendapatkan pengguna untuk kembali ke bahagian AARRR (sebanyak mungkin)

    Bagaimana Kanvas Pemasaran Digital dicipta?

    Rahsia semula jadi formula ini adalah mudah:
    Model Bisnes Kanvas + Asas Pemasaran + Model AARRR Dave McClure + Pengalaman rendah hati saya sendiri

     

    Bagaimana saya boleh dapat Kanvas Pemasaran Digital?

     

    Anda boleh muat turun poster ini untuk percuma pada www.digitalmarketingcanvas.co/ms. Anda juga boleh jumpa tarikh persidangan dan kandungan baru (akan datang) di mana saya akan memperkenalkan alat ini dengan lebih terperinci.

  • Digital Marketing Canvas - Italy

    DMC ini telah pun mendapat banyak minat organic tetapi maklum balas anda masih merupakan bahagian terpenting projek ini: Tolong maklumkan saya!